Pesanan Pihak Penaja {♥}

Welcome {♥}

Saturday, August 29, 2009

Aisar dalam Nostalgia

Assalamualaikum wbt

Ini adalah coretan sempena ulang tahun kelahiran insan bernama Aisar, nukilan sahabat dan jirannya Ee.


Aisar dilahirkan pada 30 Ogos 1988 tepat pada pukul 7.47 malam. Di hospital HUSM. Membesarnya Aisar dalam daerah bachok dari kecik sampai besar. Aku mengenali aisar pada umur 10 tahun iaitu di kelas 4 Mawar di sekolah kebangsaan seri kemudi. Persahabatan kami semakin erat kerana kami berjiran. Tapi honestly, aisar mase itu sangatlah skema. Budak disiplin. Civic getar orang panggil. Haha. Tak silap aku aisar pernah menjadi ketua kelas tapi tak ingat bila.


Kami membesar dan terus membesar. Dahulunya aku lagi tinggi daripada aisar. namun sekarang jelas diri aisar seperti raksasa. Terasa kecik aku berada di tepinya. Tapi takpe. Itu maksudnya bahagia dan sihat. Mase darjah enam, kami berbasikal sama2 ke kelas malam. Sungguh bahagia saat itu. Saat berlumba di waktu malam. Argh...mungkinkah kita dapat mengulang kembali saat itu aisar?


Kami terus bersama. Di kelas 1amanah 1 SMK Bachok kami meneruskan usaha belajar bersama. Aisar yang amat dikenali dengan lawak dan ketawa riangnya amat menceriakan kelas. Sungguh cepat masa itu berlalu tapi yang pasti banyak peristiwa yang telah dipotretkan bersama. yang aku tahu aisar seorang yang pakai stoking dengan sandal. Unik! Sedar tak sedar, kita sudah berhadapan dengan dewan yang menjadi medan pertempuran kita untuk PMR. Alhamdulillah, peperangan itu kita lalui bersama, dan kita bersama rakan-rakan lain telah berjaya. Segala kesyurukan dipanjatkan kepada tuhan.










Tahun 2004 menyaksikan perpisahan demi perpisahan apabila sebahagian daripada kawan2 kita keluar dari smkbachok menuju ke sekolah-sekolah lain, termasuk aku dan aisar. aku menuju ke utara bersama puyen dan faris manakala aisar ke Kuala terengganu. Namum, seperti kata orang2 puteh 'absence makes heart grow fonder' persahabatan kian erat terjalin. kemudahan pondok telefon diaplikasikan untuk berhubung. alhamdulillah, kita sama2 berjaya di lokasi bergelar MRSM dan kita sama2 berjaya utk SPM. sama seperti kawan2 kita yang masih di SMKbachok.


Dan kita mula memilih haluan masing2. dirimu ke kolej mara kulim dan diriku ke kolej mara banting. profession yang berbeza tidak menjadikan kita semakin jauh, namun variasi itu yang menjadikan kita unik dan saling berkongsi ilmu. Argh. syukur sungguh. Dan sekarang aisar telah berjaya bergelar mahasiswa di Uniten (betul kan aisar, hehe) dan diriku di sebelah sana. Namun, khidmat email dan YM telah digunakan sepenuhnya, utk memastikan segala updates ttg diri sndiri akan dikongsi bersama.


sekarang aisar tampil dengan penampilan remaja, menggunakan slogan 'sosial beb' , namun aisar masih tak berubah. gelak ketawanya membuatkan orang tertanya-tanya apakah lawaknya namun aisar tetap ceria. aisar yang sungguh komited dalam usaha menjamin keutuhan silaturrahim rakan2 3a1 2003 telah berusaha sedaya upaya , termasukkan menjadi pengarah reunion 2009 namun apakan daya, gara2 h1n1, kita tak mampu bersua sebab cuti berbeza. tidak mengapa aisar, aisar boleh jadi pengarah lagi tahun depan.







awal pagi ini, di celah-celah kesibukan, aku mencari sedikit ruang utk memahat nostalgia untuk sahabatku aisar. Telah aku luahkan segalanya, namun pastinya tak semua. Yang selebihnya biarlah kita sahaja yang mengetahuinya. Mana tahu satu mase nanti, tatkala kita bersendirian, kita akan tersenyum keseorangan mengenangkan memori kita bersama.


Salam ulang tahun lahir dari aku, sahabatmu. Moga tiada yang dikurniakan kepadamu melainkan yang baik-baik sahaja di sisi Allah swt.

Assalamualaikum wbt

Yang besar,
Ahmad Zafrullah Afham bin Ahmad Fikri
Royal College Of Surgeons in Ireland

Ps: sori kalu salah maklumat. haha.


0 Comments:

Post a Comment