Pesanan Pihak Penaja {♥}

Welcome {♥}

Wednesday, August 19, 2009

3A1 Returns


Aktiviti terbaru makhluk2 3 Amanah 1 2003.


Perhimpunan kecil-kecilan, bertempat di Irama Beach berjaya mengumpulkan barisan sahabat-sahabat lama yang masih utuh keakrabannya. Terima kasih daripada pihak penganjur kerana semua sudi tampil menghadirkan diri walaupun unsur kelewatan itu masih ada. Saya maafkan.



Bertemakan makanan seafood dan air kelapa, kami menjamu selera di petang hari mengisi perut yang telah sedia terisi. Bertemankan meja yang dikhaskan untuk 4 orang, kami yang berjumlah 9 orang memuatkan badan kami. Muat!!! Walaupun ketat. Takpe, sharing is caring.


Perjumpaan tidak sempurna kalu tidak dihujani dengan gelak ketawa. Dan berkongsi cerita. Raihan tampil dengan pengalaman menyaksikan proses melahirkan anak di HUSM.carik-carik placenta nya. Tahniah Raihan. Kepada Fadila dan Maisyarah, jgn jadikan itu sebagai alasan utk taknak ada anak.


Kaymah tampil dengan loghat dan bahasa borneonya. Urm... sebenarnya aku sguh gerun mendengarnya.Kedengaran seperti bahasa anak ayam. Kamek kamek...Tapi itulah keunikan yang dimiliki Kaymah aka Kem.Maisyarah hanya tukang gelak. Biasalah tu


Aku juga dikejutkan dengan penampilan sopan Kak We dan Fadila. Ternyata pendidikan sebagai seorang guru berjaya mengubah sifat kejam mereka. Kak We kelihatan amat menjaga tutur kata semasa perjumpaan ini. Alhamdulillah. Fadila pun ayu bergaya. Juga alhamdulillah. Afifah pulang dari Mesir membawa seribu perkongsian. Kehidupan di bumi ambiak banyak kelebihannya. Sguh beruntung. All the best Ipah





Dan Erie dan Kamal juga tiada kurangnya. Dengan kulit yang makin cerah, kamal dipuji dengan kehenseman yang terserlah. No comment. Dan erie, status sebagai seorang pekerja tidak boleh dipandang remeh. Antara kami semua, erie lah yang paling senior sebab sudah bekerja..Semua panggil abang....Abang!!.. Dan tentang diri aku sndiri, Ee..tiada gambar sebab kay-mah tak bagi lagi gambar dari kamera dia.Huhu..utk aku sndiri, aku ucapkan terima kasih utk semua yang sudi datang.


Moga berjumpa lagi..di hari akan datang..dan selamat maju jaya untuk semua..

wassalam

0 Comments:

Post a Comment